Sa’id bin ‘Ufair telah menceritakan kepada kami katanya, Ibn Wahb daripada Yunus daripada Ibn Shihab telah menceritakan kepada kami katanya, Humayd Ibn ‘Abd al-Rahman berkata, beliau mendengar Mu’awiyah yang sedang berkhutbah katanya, beliau telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan, maka Allah akan memberikan kefahaman dalam urusan agamanya dan sesungguhnya aku bersumpah bahawa Allah pasti akan memberi dan sentiasalah akan ada di kalangan umat ini yang berpegang teguh dengan perintah Allah yang mana mereka ini tidak akan diberi mudharat oleh mereka yang saling berselisihan dengan mereka sehinggalah akan datang perintah Allah”.
[Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Mu’awiyah di dalam Jami’ sahihnya, Kitab Al-‘Ilmi, hadith no. 69]
Rabu, 4 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan